Maaf dan Terima Kasih Ramadhan!

2:02 AM

Dalam diam, saya menyukainya. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya ketika ini.

Bila dia tiada di sisi, saya merinduinya. Saya rindu melalui detik-detik indah bersamanya. Tetapi, apabila dia datang kepada saya, saya buat tak tahu kepada dia.

Sedih sangat.

Bila dia mahu pergi, baru saya terkocoh-kocoh mahu mengabadikan kenangan terindah saya bersamanya. Tak selalu boleh jumpa. Setahun sekali.

Saya ingat, tahun lepas saya jumpa dengannya, saya rapat dengannya. Seperti dia hidup dalam jiwa saya. Saya sukakan kesyahduan itu.

Tapi tahun ini, lain. Saya tak hargainya. Saya buat dek saja. Rasa rugi pula. Bila 10 malam terakhir muncul, saya rasa seperti mahu mencari Lailatul Qadar. Tapi bila saya tengok balik amalan saya, macam hampeh saja. Usahlah kalian tahu. Tapi saya nak juga. Layak ke tak saya dapat Lailatul Qadar, hanya Allah saja yang tahu. Janji saya dah berusaha sebaik mungkin!

Malam itu, sebaik saja saya angkat takbir solat pertama terawih, macam ada satu perasaan positif menyelinap masuk dalam hati saya. Tak dapat digambarkan lah. Tapi rasa sangat bahagia. Malam itu, saya berasa bahawa malam itu malam Al-Qadar. Entahlah, bukan meramalkan tapi hati saya kuat menyatakannya.

Saya tidur awal. Berazam mahu bangun tahajud. Alhamdulillah, Allah gerakkan saya. Saya pun tahajud. Perasaannya, hanya Allah yang tahu. Pagi itu, hujan lebat.

Saya tak tahu bahawa betul kah malam itu Lailatul Qadar, tapi perasaan yang Allah bagi bahagia sangat. Dalam kesibukan saya terhadap urusan dunia di bulan Ramadhan ini, Allah tarik saya balik beribadah kepadaNya, berdua-dua dengannya di malam yang khusyuk. Alhamdulillah, Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Ramadhan, semoga aku dapat mengakhirimu dengan bekalan yang cukup menghadapi bulan akan datang. InsyaAllah.

Allah pernah berfirman dalam Al-Quran:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah engkau berputus asa dari Rahmat Allah yang sangat luas"
*Maaf, tidak ingat ayat mana, surah ke-berapa, maksud lebih kurang sama.

Wallahu Ahlam~

You Might Also Like

0 comments