Late Nokia X3
11:01 PMSudah 2 minggu Nokia X3 meninggalkan saya, dan kerinduan saya terhadapnya beransur pudar sudah. Minta maaf kepada sahabat yang lain jika tidak dapat menghubungi saya selama ini. Kini, saya sudah reborn kembali nombor telefon saya.
Ditakdirkan Allah, handphone saya hilang semasa saya pulang ke kampung di Johol, Negeri Sembilan. Hilang semasa kenduri arwah Pak Tih saya. Setahu saya, ramai yang hadir malam adalah di kalangan ahli keluarga dan juga atuk-atuk dan nenek-nenek sekeliling kampung itu. Dan keesokan harinya, saya gagal menemui handphone saya kembali. Saya letak begitu saja di kawasan ruang beranda.
Pagi itu, semua menolong saya mencari handphone saya. Terima kasih banyak-banyak!!
Saya lihat Sabir memasukkan kepala dalam almari;
"Kau cari apa, Sabir?"
"Handpone kau lah"
Saya lihat yang lain juga bertungkus lumus. Tetapi usaha menemui kegagalan. Saya sedih, kerana banyak gambar dalam handphone tidak sempat ditransferkan ke dalam komputer dan notes peribadi saya yang banyak di dalam itu.
Saat itulah, syaitan datang menghasut.
"Aida, anak Pak X yang curi"
"Aida, entah-entah budak-budak kecil main game, letak bersepah kot"
"Muka cousin kau tu macam mencurigakan jer"
PRASANGKA BURUK
. (jahat kan saya?)
Itulah yang saya sedaya upaya elakkan. Cuba bayangkan, kita sayang handphone kita sampai sanggup tuduh orang lain yang curi. Exactly, memang logik pun nak tuduh seseorang diam-diam. Tapi kalau kita fikir positif, kita rasa persaudaraan itulah yang lagi berharga daripada handphone itu. Serius, saya katakan, memang susah untuk kita, manusia berasa begitu.
Tapi, Alhamdulillah, Allah meniupkan perasaan redha dalam diri saya. Sedih, memang sangat sedih. Baru saja dibeli bulan 3 lepas. Tapi sudah takdir, kita harus menerima. Ada hikmah. Dan sepanjang 2 minggu di Kolej Mara Seremban tanpa handphone, hanya satu perkataan yang boleh saya gambarkan.
SERIK
Dan andai kata, ada antara ahli keluarga saya yang mencurinya, saya rasa sangat sedih. Ya, sedih bukan marah. Sedih, sebab orang yang saya percaya mengkhianati saya. Orang yang saya sayang, tikam belakang saya. Memang emotional masa itu.
Apa yang saya boleh buat, doakan agar Allah gerakkan hatinya. Biarlah terdetik di hatinya, sedikit rasa bersalah. InsyaAllah, itulah yang memimpin ke arah perubahan yang baik. :)
Sekarang, saya mash lagi tidak tahu nasib handphone saya. Mungkin sudah dijual, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
"Dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan. Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberi karuniaNya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas". Ad-Dhuha:4-5
Semoga Allah memberi apa yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui ke atas segala-galanya.
0 comments