Di Tempat Baru

9:37 PM

Sejak saya datang ke Kolej Mara Seremban, saya menanam satu niat saya sebagai seorang Muslimah untuk mencari keredhaan Allah. Bukan senang. Ingat lagi buku Hati Sebening Mata Air karya Amr Khalid? Alhamdulillah, buku itulah yang banyak menemani saya sepanjang hampir 2 minggu setengah di KMS, yang juga banyak mentarbiyah hati saya yang banyak kali diduga.





Sebagai seorang perempuan Muslim, cubalah anda,


Menahan pandangan daripada lelaki-lelaki yang handsome, bijak, dan tinggi ilmu.

Tidak bersangka buruk kepada mereka yang bermuka tidak friendly pada first impression.

Beristigfar banyak-banyak apabila leka dengan pasar raya yang berlambak di Seremban.

Tidak berhias keterlaluan apabila terdapat kebebasan berpakaian di KMS.


Dan mungkin banyak lagi rasanya. Saya hanya mahu anda memikirkan, pelikkan rasa apabila kita sibuk-sibuk nak jaga hati daripada perkara mungkar, tetapi orang lain (mungkin sesetengah) tidak peduli pun hal itu? Ke saya yang pelik? Norma masyarakat memang begitu.
Sesungguhnya, itulah yang mencabar. Apabila saya mendapati fikrah saya berbeza dengan yang lain, saya cuba mendekati mereka. Bukan senang mereka mahu menerima kita sebagai Muslimah, tetapi amatlah senang bagi mereka untuk menerima kita sebagai sahabat biasa, yang boleh dibuat bicara dan seumpamanya.


Kakak berkata,

Akidah dan core iman para sahabat di Madinah sangat kukuh dan sangatlah mantap. Mungkin tak dapat saya bayangkan. Selepas kewafatan Rasulullah, sahabat-sahabat yang kukuh pegangan imannya berlumba-lumba menyebarkan Islam di muka bumi. Ada yang pergi ke China, India, dan Benua Afrika. Umpamanya, mereka sebagai seorang petani. Menyemai benih-benih tanaman di ladang dan menjaganya dengan baik. Sebab itulah, Islam berkembang dengan pesat. Pegangan akidah yang mantap dan mereka dididik oleh para sahabat dengan baik sekali. Alhamdulillah.


Begitulah saya. Saya ingin menjadi seperti sahabat itu. Saya ingin mencorekan iman dan hati saya. saya mahu buat sungguh-sungguh. Saya ingin berkongsi fikrah (fahaman) saya bersama rakan-rakan yang lain, insyaAllah Islam itu akan berkembang di KMS. Perkara baik, bukan? :)


Banyak perkara perlu saya buat.
Tenaga kena dikerahkan.
Fikiran kena diperah juga.
Hati kena jaga.



Semoga Allah memudahkan segalanya bagi kita semua. Ingat, rakan-rakanku. Allah mencipta kita untuk beribadat kepadaNya bersungguh-sungguh dan menjadi khalifah di muka bumi. Buatlah apa yang kita mahu buat untuk memenuhi tanggungjawab ini, dan buatlah dengan cara yang baik. Allah pasti menolongmu, InsyaAllah.



Wallahu Ahlam~


You Might Also Like

0 comments