Membaca pun susah.
8:22 PMSungguh, cemburu betul saya melihat sepanjang cuti 6 bulan ini, ramai rakan saya banyak menghabiskan masa membaca buku-buku ilmiah karya para ahi pemikir. Tidak kisahlah, sama ada karya online ataupun di atas kertas. Rasa rugi, kan membiarkan masa habis begitu saja? Tinggal seminggu sebelum mendaftar di KMS baru mahu membaca.
Tetapi, sejak Kak Hanna pula dari United States, dia sempat singgah membeli beberapa beberapa buku ilmiah di Fajar Ilmu Baru nun di Jalan Masjid India. Alhamdulillah, ada juga buku yang sesuai untuk saya baca sejak saya membeli buku Turki: Dua Wajah yang sangat 'berat'.
Jadi, saya mengambil keputusan membaca Hati Sebening Air daripada Amru Khalid. Alhamdulillah, saya masih lagi istiqamah membacanya. Tapi, perasan sesuatu tak?
Bagi saya, membaca novel cinta nampak lebih mudah daripada membaca buku-buku ilmiah ini. Kalau nak tengok daripada faktor minat pun, saya rasa walaupun saya tidak minat novel cinta berjela di pasaran itu tapi saya masih lagi boleh membaca habis. Sedangkan, nak baca buku ilmiah yang menarik minat saya pun susah.
Buku ilmiah ini bukan calang-calang buku daripada para ulama' dan ahli pemikir. Allah berkuasa menjadikan buku ini bukan boleh dibaca oleh sesiapa saja, dalam erti kata lain, Allah men'specialise'kan orang yang boleh baca buku ini. Salute, kan?
Jawapannya, kebetulan ada dalam buku karya Amru Khalid yang sedang saya baca. Bab pertama pula itu.
Perbetulkanlah niat kerana Allah. InsyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah. Saya akui, bukan senang untuk kita membaca buku seperti ini. Semestinya, kita pembaca harus mengekalkan niat yang suci untuk menawan buku itu. Barulah senang untuk menghadamkannya. Di situlah, bermulanya tarbiyah hati kecil ini. Jangan terlalu asyik membaca novel cinta sambil digoda syaitan.
Semoga Allah membantu saudara dan saudari. InsyaAllah.
Wallahu Ahlam~
0 comments