Menuju Satu Penghijrahan

9:51 PM

Adik pernah bercerita kepada saya mengenai seorang kawannya di PLKN, katanya:



"Dia memang nak berubah, nak pakai tudung, tapi dia bimbang kalau masa dia dah mula pakai tudung, takut iman tak cukup. Tiba-tiba saja tanggal tudung balik. Macam hipokrit. Kalau macam itu, lebih baik dia tidak pakai tudung buat sementara waktu daripada cabut tudung terus bila sudah memakai beberapa bulan saja."


Saya merasakan bahawa situasi ini barangkali sudah biasa dengan norma masyarakat kita. Ada juga di kalangan artis Malaysia ini. Barangkali, anda juga pernah mendengar cerita begini?


Bagi seorang perempuan Islam, dengan memakai tudung barangkali menjadi satu identiti menandakan dia akan membuat penghijrahan. Orang kata, nak jadi alim atau sudah insaf. Saya tahu, bukan mudah untuk seseorang meninggalkan amalan jahiliyahnya yang sudah menjadi darah dagingnya. Dan pengorbanan itulah yang menjadikan seseorang itu sangat berharga di sisi Allah SWT.


Bagi untuk seseorang itu berubah, dia haruslah yakin bahawa Allah akan menolongnya. Dialog di atas barangkali menunjukkan individu ini masih tidak yakin dengan dirinya sendiri, apatah lagi Allah. Kasihan dia.


Saudari, jika seseorang itu mahu berubah, BERUBAHlah dengan sebaiknya. Saya sokong juga dengan tindakan individu tersebut yang jujur dengan dirinya dan tidak ingin hipokrit; Tetapi janganlah dengan alasan itu, kita masih lagi merayau-rayau di kompleks membeli-belah free hair dan banyak membuang masa dengan perkara yang tidak sepatutnya.


Jika hati itu sudah mahu berubah, cepat-cepatkanlah berusaha ke arah itu kerana hati manusia cepat sahaja berubah mengikut hawa nafsu yang degil itu.


"Sesungguhnya, hati manusia itu cepat berdolak-dalih seperti air yang mendidih membuak-buak"


Saat Allah telah campakkan sedikit hidayah yang berharga itu, janganlah persia-siakannya. Ramai saja manusia yang meninggal dunia tanpa sempat mendapat hidayah Allah. MasyaAllah.



Wallahu Ahlam~


*Cakap sahaja mahu berubah, tetapi perangai dan tingkah laku kita tidak menuju ke arah tujuan yang satu itu. Ada saja yang terpesong. Janganlah begitu, saudara. Hargai peluang itu dan gunakan sebaiknya. Allah itu Maha Pengasih.

You Might Also Like

0 comments