Jangan Membenci!

6:57 PM

Analogi #1:


Ibu kelihatan bising-bising pagi itu. Betul-betul mengganggu seluruh isi rumah yang ingin tidur dibuai lena.


"Kau pakai tudung!! Apa nak jadi dengan kau ni!! Dulu elok je pakai tudung, dah tanggal balik," ibu memarahi kakak.


Kakak terus mengambil kunci kereta dan terus memandu ke pejabatnya; hari pertama latihan praktikal. Kakak betul-betul bad mood ketika itu. Selepas berkenal-kenalan dengan rakan sepejabat, kakak menelefon kakaknya menceritakan tentang kejadian itu.


Kakak betul-betul sedih. Tiada orang menyokongnya mengenai keputusan drastik yang dibuatnya. Dalam hati, dia berfikir bagaimana mahu belanja, ibu tidak mahu bercakap dengannya, apatah lagi memberi wang saku. Kakak sulungnya pula bergaduh juga dengannya. Sumber duitnya hilang. Tiba-tiba, dia mengharapkan pada adik kecilnya yang rapat dengan ibu.


"Adik, kau pujuklah ibu bagi kau duit. Duit itu nanti bagi aku," dia memujuk adik kecilnya.


Adik kecilnya memang tidak reti bergaduh tetapi baik pula dengan ibu. Akhirnya, ibu meletakkan wang RM10 di atas meja setiap hari walaupun masih tidak bercakap dengan kakak.


Ini analogi pertama yang saya rekakan. Kisah ini ada berkait dengan seseorang. Anda menyokong pihak yang mana? Kakak ataupun ibu? Teringat saya mengenai satu quote daripada ahli pemikir.


Dalam satu perselisihan faham, kedua-dua pihak bersalah.


Kalau dalam Islam, senang saja cakap.


Tiada paksaan dalam Islam.


Kalau seseorang itu tiba-tiba saja terpesong daripada jalan lurus, jangan terus membenci dia, tetapi bencilah tindakan itu. Ada sebab Allah jadikan begitu. Jangan pula kita berputus asa dari mengajak mereka ke jalan benar. Dan jangan sesekali memaksanya mengikut ajaran Islam. Hal itu kelak akan memberi identiti yang buruk terhadap Islam itu sendiri.


Pelikkan tengok seseorang elok saja bertudung, tiba-tiba tanpa sebab yang kukuh, terus membuka hijabnya. Bukan saja pelik, sedih pun juga. Tapi mahu buat macam mana? Allah saja yang mampu gerakkan hati dia semula untuk memakai tudung, kita hanya mampu mengajak dia ke arah kebenaran.


Ya, Allah, Janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi rahmat kepada kami,"doa Nabi Adam ketika Allah menghukum baginda dan Hawa kerana memakan buah khuldi di syurga.


Ya, Allah. Sesungguhnya, Engkau Maha Berkuasa dan Maha Penyayang ke atas segala hambaMu. Engkau lembutkanlah dengan selembut - lembutnya hati orang yang berada dalam kemungkaran, termasuk diri kami untuk menerima cahaya dan petunjukMu.


Wallahu Ahlam~


*better late than never. Pintu taubat di syurga masih terbuka luas seluasnya!!

You Might Also Like

0 comments