Antara Dua Jalan.

6:25 PM

09/06/2010

Kaki saya masih lagi berjalan pada pukul 10.00 pagi. Saya duduk keseorangan sebentar di kawasan air pancut di Taman Tasik itu. Baru tadi dah berkenal-kenalan dengan dua orang sisters, Kak Aisyah dan Kak Rahmah. Peneraju usrah hari itu belum memunculkan diri, Kak Yana.


Beberapa minit kemudian, saya melihat Myvi hitam datang mengambil parking dan kelihatan 3 orang gadis bertudung labuh keluar. Saya tahu, dia telah sampai tetapi hati ini seperti tidak mahu berganjak dari kawasan air pancut yang terlindung itu.


Bukannya ada orang nampak kau, syaitan menghasut saya.


Dari seberang tasik, saya nampak dua orang sisters sedang memegang beg plastik yang mempunyai makanan barangkali. Di belakangnya, Kak Yana laju melangkah kakinya, mungkin kerana lewat 45 minit. Saat inilah saya berlawan dengan diri saya sendiri. Hati memihak kepada usrah pagi itu dan nafsu mengatakan sebaliknya. Betullah kata sisters, syaitan menghampiri mereka yang keseorangan, lebih mudah bagi syaitan menghasut.


Syaitan, hari ini, kau kalah. Saya menyindir syaitan dalam hati.


Cepat-cepat saya melangkah ke halaqah yang baru dibentuk itu. Alhamdulillah, ramai juga. Nak tahu siapa? Cukuplah anda mengetahui nama mereka sebagai mereka yang menghampiri Allah. Kak Yana, Kak Sofiah, Kak Aisyah, Kak Rahmah, Kak Husna, Kak Umairah, Kak Tin, dan Kak Mas. Nama kena ingat, kalau tidak kena taaruf lagi.


Elok saja Kak Yana memulakan sesi usrah dengan tafsir Surah As-Syams, 91: 8, 9, 10.


"Maka dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya, Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya."


Kena betul ayat itu dengan saya ketika saya ragu-ragu untuk menghadiri usrah ini ataupun tidak. Allah memberi dua pilihan kepada kita, sama ada ke jalan kebaikan ataupun jalan keburukan. Jangan salahkan Allah jika kita memilih keburukan, salahkan syaitan dan nafsu kita yang sangat degil itu. Syukur Alhamdulillah, saya antara orang yang beruntung.


*Sangat menyukai quote daripada Kak Yana semasa Jaulah yang lepas, ahli pemikir dan pendakwah adalah seperti benih dan umat kini adalah seperti tapak semaian. Jika benih itu berkualiti, ia mampu hidup dalam apa-apa keadaan tanah pun. Insya Allah.


Wallahu Ahlam~

You Might Also Like

0 comments