Kata Cikgu Ai.

11:33 PM

Unser 'Thalhah' laju saja bergerak di hadapan Royal Bintang, Seremban menuju Kolej Mara Seremban. Dia mengajak saya menjemput adik-adik seusrahnya di sana yang bakal menjadi senior saya kelak.

"Kak Ai, best kan usrah ramai-ramai macam ni. Rasa macam ada bond and ukhuwah yang kuat. Rasa best sangat sebab dah lama tak jumpa," saya meluahkan kata hati saya setelah berjumpa dengan hampir 30 akhwat yang sedang berjaulah.

"Memang best tapi kita kena ingat. Mereka semua pun manusia yang tidak terlepas daripada membuat kesalahan. Kita jangan rasa senang sangat sebab takut nanti kalau kita terlalu mengharapkan daripada mereka, takut nanti kita pula kecewa terlebih," Kak Ai membalas sambil memandu.

Dalam diam, saya membenarkan kata-katanya. Memang benar, pengharapan yang tinggi terhadap manusia tidak menjamin sebarang kesenangan di jalan dakwah tetapi pengharapan yang kukuh dan yakin terhadap Allah mampu menjamin kebahagiaan kita di dunia dan Akhirat. Hanya kepada Allah, kita berserah segalanya dan hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Wallahu Ahlam~

*Kakak-kakak KMS begitu mesra sekali. :)

You Might Also Like

1 comments

  1. salam.. aida.. kak shieren nih. :)
    jalan-jalan dengan kak ai yeee? bestnya!

    ReplyDelete