Tidak Adil? Tak boleh ni!

10:17 PM

Saya seperti masih tidak berpuas hati lagi mengenai insiden yang baru berlaku beberapa hari lepas. Saya tahu bab-bab politik ini, tidak boleh bercakap sebarangan tetapi saya ada hak juga.

Beberapa hari lepas, ayah ada meminta pengesahan salinan dokumen sijil adik saya yang baru memasuki kolej daripada ADUN Paroi, iaitu Adun daripada pihak pembangkang, PAS rasanya. Banyak jugalah salinan dokumennya yang disahkan. ADUN itu juga memberi RM50 memberitahu ayah saya supaya belanja makan anak. Baik sungguh beliau. Ada sesetengah daripada dokumen itu saya kepilkan bersama borang permohonan saya untuk memohon bantuan daripada Pihak Kebajikan Tentera dan Menteri Besar Negeri Sembilan.


Kata kerani di Pejabat Tentera kepada mak saya:


"Akak, borang yang disahkan pembangkang memang kami tak terima. Akak nak mohon MB juga kan. Kalau MB lagi teruk, beliau nampak saja teruk koyakkan borang", mak saya mendengar dan terkejut.

Kalau macam itu, ibu saya kenalah membuat pengesahan daripada mana-mana pengetua sekolah sajalah. Aduh, pening kepala ibu dan ayah saya. Ayah saya juga marah kerana tidak berpuas hati, nasib baik saja dia duduk dalam kereta tadi.

Kalau macam itu, tidak adillah bagi rakyat Malaysia ini. Mahu saja mohon apa-apa bantuan, mesti dapat pengesahan daripada pihak kerajaan sendiri, bukan daripada pihak pembangkang. Rakyat sudah membuat keputusan, hormatilah keputusan rakyat. Ini tidak, seolah-olah memberat sebelahkan rakyat yang menyokong pembangkang.

Ayah berkata:


"Duit bantuan MB itu bukan dia punya, duit rakyat. Duit Baitulmal itu. Suka hati saja memberi bantuan mengikut parti politik. Yang tentera pula, duit itu duit ahli, duit kumpulan. Sejak bila askar masuk UMNO ni?"


Saya cakap dengan ibu bahawa kata-kata ayah memang betul. Tiada salahnya. Geram juga saya petang itu. Kalau begitulah caranya Mohamad Hasan mentadbir negeri, terkedu lidah saya. Bagaimanalah mahu maju orang Melayu ini? Islam pun tiadalah sekejam begitu. Bahkan lebih adil terhadap orang bukan Islam dan orang Islam.


Saya tidak mahu berbicara banyak mengenai politik yang semakin hari semakin kotor ini. Saya hanya mahu pemimpin Islamik yang tiada rasuah, tidak fitnah-menfitnah dan tidak menghabiskan duit rakyat. Tapi bagaimana ya? Itulah persoalan sekarang.


Bak kata kawan sekolah sewaktu membicarakan politik Islam:


"untuk sesiapa yang bakal menjadi pemimpin masa depan, buatlah apa yang kamu rasa betul dan mampu menolong rakyat seadanya. Kalau mahu cari politik yang bersih, zaman Umaiyah, Abassiyah dan Turki Uthmaniyah pun tidak bersih, ada saja pergaduhan dan pembunuhan. Jelas, apa yang kita kena rujuk adalah pada zaman Rasulullah. Contohi baginda, itu yang harus kita buat yang kita mampu. Kita bukan manusia sempurna seperti baginda"


Wallahu Ahlam~


*politik ada hati, sebab itu kita kena jaga. (=_=')

You Might Also Like

1 comments

  1. jadi, sy semakin bersemangat nak balik mesia. to see the reality of today's ummah. :(

    ReplyDelete