Tidak Rugi Sesen Pun..

12:47 AM

7:179,

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengarkan ayat-ayat Allah. Mereka ini seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."


wah!! Terasa saya dengan ayat di atas. Sambil saya menyelak tafsir Al-Quran dan mengingat kembali kandungan usrah, saya terjumpa semula ayat yang sudah lama tidak disentuh ini. Subhanallah..


Cuba tengok ayat yang berwarna itu, hampir kesemuanya saya terasa, lebih-lebih lagi ayat berwarna biru itu. Yela, dalam handphone begitu banyak lagu lagho yang begitu sayang sekali mahu dibuang. Aduh.!!


Apalah kita ini. Sudah dijadikan sebaik-baik kejadian dan makhluk yang dimuliakan oleh Allah, tetapi mahu lagi samakan diri kita dengan haiwan ternakan yang hanya seperti kerbau dicucuk hidung saja. Hanya orang yang benar-benar berakal saja tidak akan mensia-siakan apa yang Dia kurniakan kepada kita, iaitu anggota badan kita sendiri dan tahu bagaimana menguruskannya. Bersyukurlah kita..


Bersyukur dengan nikmat yang ada tidak cukup, tetapi bagi kita yang menerimanya, ada juga amanah yang harus kita pikul.


Saya ingat pertama kali saya menulis sebuah blog di laman sosial myspace di mana saya menegur secara terbuka sesiapa saja yang melakukan dosa ini, dapat hukuman ini, dosa itu, hukuman itu. Seolah-olah Islam itu begitu ganas dan buat begitu saja, dapat hukuman. Tiada peluang kedua. Ramai juga yang mengkritik penulisan saya itu, ada juga yang terasa. Maaf kepada sesiapa yang terasa.


Kali ini, peluang kedua saya sampai, ingin saya lakukan sedemikian dengan cara yang lebih islamik; menunjukkan Islam itu BAIK. Dari mata turunlah ke hati. Oleh itu, mata memainkan peranan terhadap segalan tindakan kita. Pandanglah perkara yang baik dan lindungilah hati jika terdapat sebarang maksiat berlaku. Segeralah kerana syaitan itu cepat saja membisikkan niat yang tidak baik kepada kita. Astagfirullah...



Telinga yang digunakan untuk mendengar lagu-lagu lagha (tidak berfaedah) ; sayang sekali dibiarkan begitu. Ada yang memberi pelbagai alasan.

"ala...dengar jer...bukan aku ikut pun lirik.."


"lek r..aku nak feeling2 skit nak marah"


"cam best je aku tengok member aku obses ngan lagu ni.."


Iya, saya pun begitu juga. Sebab itu, saya tahu alasannya begitu. Tapi memang tiada guna. Kadang-kadang saya gemar mendengar lagu instrumental sambil feeling-feeling sendiri tapi pada akhirnya, saya sedar tiada apa saya boleh buat dan terus bangun semula menunaikan solat fardhu atau sunat. Kita ini, manusia sememangnya sedar apa yang baik dan buruk untuk kita, tetapi kita akan tertarik kepada perkara negatif. Tapi akibat terlalu mencuba 'perkara baru a.k.a buruk' kita sudah dihanyutkan arus yang deras sekali.


Saya tidak ingin terhanyut dan saya berusaha juga ke arah itu, InsyaAllah. Anda pula bagaimana?



Wallahu Ahlam~



*panjangnya post ini. minta maaf ye!

You Might Also Like

0 comments