Persoalan dalam Robin Hood

12:40 PM


Beberapa hari yang lepas, kakak berbelanja kami menonton wayang bertajuk Robin Hood. Sedap juga ceritanya berbanding Alice In Wonderland yang kelihatan lebih mengarut. Menonton filem pada waktu malam yang sememangnya best sebenarnya banyak membebankan saya terutamaya dari aspek maksiat mata. Orang Cina pula gemar memakai skirt-skirt pendek yang sememangnya kegemaran boyfriend Cina mereka juga. Melayu pun apa kurangnya, sekumpulan orang Melayu; 3 lelaki, 1 perempuan seperti sudah menjadi perkara biasa untuk menonton filem pada pukul 10.30 malam. Aduh, memang banyak sudah dosa saya walaupun saya sekadar pergi menonton Robin Hood dengan kakak-kakak saya. Tapi jangan pula menambah dosa, tetapi menambah pahalalah selepas itu.


Di sini saya ingin merumuskan apa yang saya dapat daripada menonton Robin Hood ini untuk kepentingan umat sejagat. InsyaAllah..


Cerita ini banyak berkisarkan zaman Inggeris ketika pemerintahan King John yang sangat lemah pentadbirannya ketika itu. King John ini seorang yang tidak banyak berbincang dengan pembesar Inggeris semasa memerintah tetapi lebih kepada menurut kehendak sendiri. Sedang saya melihat ketidak rasionalnya King John, saya teringat bahwa mungkin pada masa yang sama Islam di Timur Tengah sedang tegak berdiri dengan gemilangnya. Kerana kedengaran mereka seperti berusaha mendapatkan semula Palestin yang mungkin telah disinari cahaya Isam ketika itu.


Suasana kampung di Nottingham juga menunjukkan betapa bezanya akhlak Islamiah dengan akhlak mereka yang cenderung kepada harta, perempuan dan arak. Pembesar sanggup mengkhianati raja dan mengutip cukai menggunakan kekerasan serta merogol perempuan yang kurang dihormati masyarakat Inggeris. Tentera juga banyak menghabiskan masa mereka bersama perempuan dan minum arak. Akhirnya, muncullah Hero mereka di sebalik tentera Inggeris bernama Robin Longstride.


Saya tidak ingin mengulas panjang kerana 'siapa makan cili, dia yang terasa pedas'. Dosa yang saya perolehi sepanjang jalan saya menuju wayang saya tebus kembali dengan melihat filem itu sebagai satu anjakan saya untuk berfikir ke arah ummah. InsyaAllah


"Ciptaan Allah itu tidak sia-sia bagi orang yang berakal"


Melihat jalan cerita itu yang banyak berbeza dengan nilai Islam sebagai agama hidup, tidak banyak bezanya dengan zaman kehidupan kini. Saya akur dan pasrah dengan takdir yang ditentukan Allah. Cerita habis pada 12.45 malam.


Wallahu Ahlam~



* Selepas kereta  keluar dari bangunan Terminal 2, saya lihat ada penunggang motor lelaki dan girlfriend Melayu bertudung memasuki kawasan parking wayang. Nak buat apa tu?



You Might Also Like

2 comments

  1. salam aida! kak asma' ni..awk dpt medic mesir ye? all d best! =) best blog..keep it up!

    ReplyDelete
  2. kakak ni...acik nasihatkan if betul2 tak nak bagi readers baca, janganlah postkan.okay?

    ReplyDelete