secangkir teh pengubat letih

12:40 AM

Hampir saja saya habis membaca buku ini ketika di rumah sewa kaklong di Jeram, tetapi saya tertidur dan meninggalkan satu bab saja yang belum dibaca.


Saya meneliti semula fikiran saya mengenai apa yang saya dapat daripada buku ini, saya sangat bersyukur. Betapa buku ini menceritakan mengenai penduduk bukan sekular di Turki sangat mengidamkan semua pemerintahan khalifah Islam di muka bumi ini. Teringat saya kepada kakak yang menceritakan perbualan sibernya dengan seorang rakan Turki yang mereka amat berbangga dengan jasa Mustafa Kamal Attartuk yang berjaya me'moden'kan Turki. Mendengar itu, saya amat pelik, tidak tahukah mereka mengenai pengkhianatan Attartuk itu? Rupa-rupanya, setelah saya membaca buku 'Turki: Dua Wajah' dan buku karangan Hasrizal Abdul Jamil ini, baru saya sedar di Turki, terdapat dua golongan penduduk. Satu, golongan sekular yang berusaha memisahkan agama dari kehidupan mereka dan menolak Islam sebagai Ad-Deen (cara hidup) mereka. Dan golongan inilah yang begitu terpengaruh dengan perjuangan Attartuk itu. Satu lagi, golongan yang berusaha sedaya upaya mereka mempertahankan bumi Turki daripada diselimuti sekularisme secara keseluruhan.


Secara total, adalah memang benar bahawa satu masa nanti, Islam pasti akan bersinar semula di muka bumi ini. Teringat pula saya kepada hadis Rasulullah SAW:

"Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tenteranya sebaik-baik tentera, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat."


Seperti saya boleh menyamakan keadaan sekarang dengan kegigihan pemimpin dunia sekarang untuk menyinarkan Islam semula. Apabila Islam di ambang kekalahan kepada tentera Rom, Sultan Fateh merenung kembali hadis nabi dan berfikir masih ada lagikah rakyat dan tenteranya yang masih tidak baik? Rupa-rupanya ada sorang lagi tenteranya yang meminum arak kerana tertekan, lantas itu menjadi penghalang kepada kejayaan penaklukan Konstantinopel.

Saya berfikir, jika yang menjadi penghalang untuk penaklukan kota yang megah itu adalah hanya seorang tentera yang meminum arak, bagaimana dengan kejayaan umat akhir zaman? Nampaknya, amat susahlah untuk kita berjaya melihat keadaan rakyat dan tenteranya. Sedangkan pemimpinnya kucar-kacir, apatah lagi orang bawahannya. Aduh, amat penat memikirkan masalah yang tidak pernah habis. 


Saya yakin untuk berjaya, pemimpin hari ini perlu melihat semula kepada sejarah. Bukan saja kepada sejarah Malaysia, tetapi sejarah Islam. Ternyata, amat susah melihat pemimpin begitu hari ini. Untuk mengembalikan empayar Islam, ummah sememangnya memerlukan seseorang pemimpin sebagai penggerak utama kepada usaha ini, iaitu KHALIFAH. Tetapi, saya lihat semua negara Islam ternyata hanya berpijak pada bumi masing-masing. Saya tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut, minta maaf.


Oleh itu, dengan tiadanya idea untuk berusaha, saya amatlah berbesar hati menyokong seratus peratus usaha usrah yang diadakan semakin meluas di seluruh dunia ini. Sudah lewat, nampaknya saya akan berbincang lagi pada post yang kemudian. Ye, saya semakin bersemangat! Syukur Alhamdulillah..


Wallahu Ahlam~

You Might Also Like

0 comments