hati tiba-tiba tidak senang..

12:11 AM

Sedang saya asyik duduk di dalam kereta mendengar lagu daripada handphone saya, secara tiba-tiba ayah membrek kereta. Hampir ke depan saya ketika itu, nasib baik tidaklah terlalu teruk. Di depan itu, saya nampak ada motor penjual ais krim nyaris-nyaris hampir dilanggar oleh ayah sempat mengelak. Alhamdulillah..Dia selamat


Tetapi, Ayah memberhentikan kereta di tepi jalan dan motor itu berhenti juga di tepi kereta menghadap ayah.


Ayah: Lu mahu mati ke!!?(meninggikan suaranya)


mat Bangla: Sorry, ini saya punya salah. Minta Maaf.( dengan suaranya yang lembut kedengaran                            seperti benar-benar menyesal)


Ayah: Lu mahu mati ke??! ( lalu, keluar dari kereta, menjeling marah kepada mat Bangla)


Saya: (dalam hati, "ayah jangan buat apa-apa, dia sudah selamat dan meminta maaf")



tetapi.........

Ayah pun menampar pipi mat Bangla secara mengejut dan Mat Bangla tidak puas-puas meminta maaf. Kasihan saya kepada Mat Bangla kerana menjadi mangsa kemarahan ayah.


Dalam hati saya, nasib baik tidak terlanggar motor mat Bangla penjual ais krim itu yang hampir terkena dalam jarak 1 inci saja. Alhamdulillah..

Hilang mood saya mahu ke Cherating ketika itu kerana hati menjadi sebak tiba-tiba. Mahu sahaja menangis ketika dalam kereta, tetapi ditahan.

Melihat betapa pendatang asing ini sememangnya sanggup menggadai nyawa untuk mencari sesen duit untuk hidup sangat menyedihkan saya. Ayah pula, masih rasa merisaukan saya dengan sikapnya yang tidak pernah berubah itu. Apa yang saya pandang dari positif, apa yang ayah lakukan mungkin betul kerana jika kereta melanggar motor itu, sudah pasti menyusahkan kedua-dua pihak dan kami tidak dapat ke Cherating. Tetapi, ayah janganlah menamparnya. Mungkin saya yang lebih bersikap lembut hati. Tetapi sejujurnya, saya kurang bersetuju dengan sikap ayah itu. Mungkin sebab itulah, saya menangis rasanya.


Wallahu Ahlam~ 

You Might Also Like

1 comments

  1. mungkin ayah risau dengan keselamatan anak2, maka dilakukan satu tindakan yg spontan pada hemat saya.

    la taghdob. la taghdob. la taghdob.
    (means: jangan marah)

    "sabar itu adalah pada permulaan"

    ReplyDelete