ayuh, mula berlari anak-anak jom!
9:45 PMcontoh usrah
Bak kata pepatah Melayu,
'Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit'
wah!! Pandai betul orang Melayu zaman dulu kala menggunakan apa yang mereka lihat, iaitu ALAM SEMULAJADI untuk mengindahkan lagi perbendaharaan Bahasa Melayu ini. Alamak, sudah terkeluar dari topik sebentar. Baiklah, berbalik kepada persoalan yang saya ingin bangkitkan sekarang ini.
Setiap permulaan yang besar bermula daripada satu langkah yang sangat bermakna. Apa yang saya maksudkan adalah Faudzul Adzim, iaitu kemenangan yang Agung. Bagi seorang Muslim yang beriman, kemenangan yang agung adalah dengan mengecapi syurga di Akhirat kelak. Bukan mudah untuk manusia itu melepaskan segala tipu daya dunia untuk kebahagiaan di Akhirat yang mereka sendiri tidak mempunyai keyakinan yang penuh terhadap perkara itu.
Alangkah betapa menyesalnya manusia jika mereka mengetahui apa yang mereka bakal hadapi. Oleh itu, seperti di dalam blog saya yang terdahulu, saya katakan bahawa saya amatlah menyokong seratus peratus usaha sisters dan brothers yang bersepakat mewujudkan semula satu budaya Islam yang kini semakin berkembang, iaitu USRAH.
Sepanjang saya hidup di muka bumi ini dengan izin Allah, saya kira saya hanya menghadiri usrah-usrah yang diadakan oleh beberapa kenalan saya sebanyak 4 atau 5. Tidak ingat saya. Dan yang terbaru ini saya baru hadiri rehlah yang diadakan di Taman Suria KLCC. Saya kira akhwat yang hadir adalah dalam 10 orang dan saya hanya mengenali 2 orang daripadanya. Tetapi sangat menakjubkan, selepas sesi taaruf dan perbincangan yang sangat bermanfaat, hubungan kami amat rapat. Sesuatu yang sudah lama tidak saya rasai sejak usrah saya yang terdahulu. Saya sukakannya sangat.
Pelik kan apabila kita amat rapat dan mesra dengan orang asing setelah 1 jam bertemu?
Kumpulan-kumpulan usrah yang sudah sekian lama wujud inilah yang banyak membantu perkembangan umat Islam secara tidak langsung. Dan saya pasti, tidak ramai yang mengetahui kewujudan usrah ini yang nyata sekali berbeza dengan usrah saya di sekolah dahulu. Saya ambil sudut daripada pepatah di atas, apa yang boleh saya katakan adalah dengan berkembangnya kumpulan-kumpulan usrah di Malaysia ini, masyarakat menjadi semakin Islamik, dan negara juga. InsyaAllah. Bukan senang untuk kita istiqamah dengan menghadiri usrah-usrah yang tidak bersifat 'paksaan' ini, tetapi dengan adanya rakan-rakan yang sama perjuangan dengan kita, kita tidak keseorangan. Percayalah. Allah berfirman:
"Barang siapa yang menuju ke jalan Allah, nescaya Allah permudahkan baginya"
Saya amat terkilan dengan diri saya ini kerana telah lupa beberapa ilmu yang berharga ketika usrah yang terdahulu. Hanya sedikit sahaja yang saya ingat. Tetapi saya berazam, ayuh kawan! Usrah jom!!!
Wallahu Ahlam~Alhamdulillah..
0 comments