Hanya Lidah Mampu Berdoa.

12:10 PM

Saya betul-betul tidak tahu mahu membuat apa lagi setelah seseorang mengambil laptop dan mahu bermain internet lalu meninggalkan saya kekosongan. Saya termenung di atas katil sambil memasang mp3 kuat-kuat. Dalam hati:


Bak kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna:


"Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa. Kenapa ada manusia yang masih mengeluh tidak tahu mebuat apa-apa?"


Kemudian saya terfikir lagi. "Habis itu, apa yang saya sedang buat sekarang ini?"


Fikir lagi, " Kalau macam itu, fikir benda yang berfaedah sajalah, untuk kepentingan Islam"


Saya berfikir mengenai bagaimana untuk mengajak seseorang Muslim ini untuk sedar mengenai tanggungjawabnya kepada Islam dan ummah. Seorang Muslim yang sedang leka dengan kehidupan dunia ini, dan kemungkinan tidak membebani pemikirannya dengan persiapan ke arah mati. Boleh saja saya terus berkata kepadanya mengenai itu dan ini, tetapi saya muda, Muslim itu sudah berumur. Saya sayang kepadanya seperti saya inginkan syurga untuk beliau.


Lama-kelamaan perasaan saya itu sudah bertukar negatif. Saya sering berdoa untuk Muslim itu agar Allah memberikan jalan yang terbaik untuknya, sedangkan saya tidak melakukan sebarang tindakan lisan atau pun tangan. Saya takut, dia akan berpaling makin jauh.


Saya ke bilik air, mengambil wudhu' menyedari waktu Asar semakin habis. Saya rasa marah kerana menyedari saya tidak mampu melakukan tindakan untuknya dan hanya melihat. Jiwa saya kosong.


Ketika air wudhu' mengalir di tangan saya, saya berfikir lagi. " Buatlah sebarang tindakan, jangan hanya berdoa tiada guna. Penuhi tuntutan rohanimu, kemudian apabila sudah kuat, lakukannya."


Mampukah saya istiqamah dalam memenuhi tuntutan rohani ini, untuk menyuburkan iman?


Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, bahawa aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda:


“Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangan. Jika tiada upaya, maka ubahlah dengan lisan, dan jika tiada kemampuan, maka ubahlah dengan hati. Demikian itu adalah selemah-lemah Iman”
[Hadith riwayat Muslim


Semoga Allah merahmati usaha saya.


Wallahu Ahlam~

You Might Also Like

0 comments