Permulaan Yang Baru

11:58 PM

          Minta maaf atas segala segala penulisan saya di blog saya yang lama. Saya tidak mampu meneruskannya lagi kerana perasaan bersalah yang menggunung ini. Blog itu saya wujudkan apabila perasaan ingin memberi itu sangat tinggi dan atas dorongan orang ketika itu. Saya akui bukan mudah untuk memastikan penulisan kita ini sentiasa istiqamah hanya membicarakan hal-hal baik dan saya tidak ingin membuang masa orang lain dengan membaca repekan demi repekan yang saya tulis sekadar hanya untuk melegakan hati kecil ini. 

          Iya, saya hanya mahu berkhidmat untuk Allah. Semoga Allah menolong saya, ketika tiada orang mampu menolong saya, ketika saya semakin jauh dari jalan Allah, semoga Allah merahmati niat baik saya yang hanya ditunjangi dengan perasaan iman yang sedikit demi sedikit semakin membukit, itu yang saya harapkan. Semoga saya sentiasa istiqamah. Moga sesiapa sahaja yang membaca blog ini, mendoakan saya perkara yang baik. InsyaAllah.

You Might Also Like

1 comments