Aida's Dreams

11:26 PM

Kali ini, saya mahu menulis mengenai impian saya.


1) Dentistry
* Sebenarnya, saya mahu menjadi dentist yang kerjanya menyelamatkan nyawa orang, bukan memakaikan mereka dawai dan mencabut gigi. Oral and Maxillofacial Surgeon, kerjanya membetulkan muka mangsa yang hampir hancur dan secara indah, memberi mereka harapan semula untuk hidup. Apa yang penting bagi saya, saya mahu buat duit dan menolong orang.


Duit sudah banyak jadi surgeon, mahu jadi apa lagi, Cik Aida?


2) Restoran
* Saya mahu membuka sebuah restoran Melayu yang sebetulnya, mungkin di luar negara kerana jika saya membuka di Malaysia, banyak persaingan! Makanan sedap, harga pun murah. Apa-apa pun, sebenarnya saya ingin membuat Bisnes, mungkin yang sesuai adalah restoran, rasanya. Dapat banyak keuntungan!


3) Rumah Kebajikan
*Apabila sudah ada banyak duit dan rakan-rakan yang kaya, senanglah saya menubuhkan sebuah rumah kebajikan orang tua ataupun anak yatim ataupun untuk muallaf. Saya kasihan dengan mereka, waris tidak mahu menjaga mereka dan diabaikan. Untuk anak yatim, saya mahukan pendidikan sempurna untuk mereka dan tidak mahu mereka menjual kismis di hadapan Bank CIMB lagi.


4) Kahwin
* Kalau jodoh dah sampai, kahwin sahaja lah.



Entahlah, saya risau kerana untuk melaksanakan impian saya, saya perlukan banyak duit. Dan saya lebih risau jka saya terlalu mengejar duit sehingga melupakan impian saya untuk beribadah sebenarnya. Mungkin persekitaran saya membuatkan saya obses dengan duit.


"Ala, tolong menderma sudah"
"bagi ceramah kat budak-budak sekolah jelah"


Bagi seseorang yang mempunyai impian yang lebih berpaksikan ibadah seperti saya, InsyaAllah, saya tidak mahu mengambil jalan yang senang. Boleh saja saya beribadah dengan terus menulis blog dakwah, tetapi Allah memberi saya peluang untuk melakukan sesuatu lebih daripda kebiasaannya. Mungkin dengan itu, saya akan berasa sangat puas apabila dapat mencapai bintang di angkasa setelah lama melompat. Rahmat Allah itu luas dan saya ingin mencarinya di seluruh pelosok muka bumi.


Hidup bukan panjang, janganlah sekadar berimpian mahu menjadi doktor, siang malam bekerja sehingga tua dan mengharapkan anak-anak menjaga mereka. Seperti tiada makna. Sebab Allah hidupkan kita di muka bumi, lebih daripada itu.



Allah itu Maha Penyayang, Maha Pemurah! =)


Semoga Allah pemudahkan segalanya bagi saya dan anda semua.



Wallahu Ahlam~
*minta maaf banyak-banyak jka terdapat kesilapan

You Might Also Like

0 comments