Jalan tidak sesenang mana.

8:52 PM


Alhamdulillah, Allah memudahkan jalan saya untuk mencapai impian saya, doktor gigi. Jalan saya menuju matlamat saya kelihatan senang pada mata saya dan adik saya.


Senang saja, UPSR, PMR, SPM, semuanya semua A. Tapi risau juga saya melihat terlalu banyak kecemerlangan seperti satu istidraj yang diberikan daripada Allah. Pernah saya ketika saya mendapat result SPM, saya mendapat keputusan yang sangat cemerlang pada mata semua orang padahal saya hanyalah pelajar yang berada di ranking 150+/- daripada 450 orang pelajar dalam batch saya. Lebih-lebih lagi, ada pelajar yang selalu berada top 40, tiba-tiba mendapat result yang tidak secemerlang saya.Sebenarnya, ada saja yang dapat lebih baik daripada saya. 


Pada mulanya, saya seperti bangga diri melihat kawan-kawan yang lain terkandas. Ya, jahat, kan? Tapi perasaan itu sekejap sahaja. Semuanya rezeki Allah. Saya takut jika terlalu bangga diri, Allah akan membalasnya dengan satu balasan yang kita tidak mampu terima. Istigfar saya ketika itu. Perlahan-perlahan saya ubah persepsi itu dan berharap agar kawan-kawan yang lain boleh meneruskan perjuangan. Kita kena bersyukur, ya kawan-kawan.


Setiap apa yang Allah berikan kepada kita adalah satu ujian bagi kita, sama ada satu nikmat mendapat straight A+ ataupun musibah gagal dalam SPM. Kedua-duanya memberikan kesan yang berbeza kepada individu yang berbeza. Tetapi bagi orang yang tahu menghargainya sebagai satu batu loncatan, mereka akan redha dan tekad teruskan perjalanan walaupun sesusah mana.


"Allah tidak membebani seseorang sesuatu yang mereka tidak sanggup menghadapinya."


Pemberian nikmat yang berterusan seperti saya dan beberapa rakan yang lain semestinya tidak menjamin kualiti hidup saya pada masa depan. Yang penting adalah, usaha. Apa yang saya tahu, Allah Maha Adil, dia akan berikan nikmat yang banyak sebagai ujian yang lebih kurang sama dengan musibah yang perit. Ujian nikmat itu lebih susah, tatkala diri manusia akan leka dengan kelalaian dunia ini dan semakin jauh daripada Akhirat.


Analogi hidup:

Kalau seseorang itu sakit atau miskin, mesti dia akan kembali kepada Allah. Tapi kalau orang itu kaya atau berjaya, susah nampak dia pergi masjid solat jemaah. Nampak perbezaannya, bukan?

*hanya kepada sesetengah orang sahaja, bukan kepada semua.


Kita kena bersyukur walaupun sesusah mana dan sesenang mana perjalanan kita menuju matlamat kita, Allah. Dia-lah yang mengatur hidup kita, bagaimana kita akan kembali kepadaNya.


"Ya, Allah. Berilah apa yang terbaik untuk kami dan janganlah Engkau pesongkan kami setelah Kau beri nikmat kepada kami"


InsyaAllah.

Wallahu Ahlam~



You Might Also Like

0 comments