Perasaan Mati ketika Tidur
12:02 AMSalam alayk
Penyakit lamanya sudah datang beberapa hari yang lalu. Tidur awal, bangun tengah malam, buat kerja, tidur pukul 4 or 5. Memang, sesetengah orang berkata tidur awal, bangun malam sangat bagus, tetapi entah bagaimana silap dia, kekuatan untuk bangun malam sekadar untuk menyiapkan kerja sekolah ataupun online dengan mereka di luar negara. Malah dia tahu, sesiapa yang bangun malam lalu menunaikan solat tahajud, Alhamdulillah, Allah telah memudahkan mereka sedemikian. Allah tak pilih dia, barangkali,, tetapi subhanallah, Allah memilih hanya orang yang layak saja untuk ber'dating' denganNya.
Dengan cermat, dia menutup buku Mathematics HL kerana sudah jemu melihat nombor-nombor itu. Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi. Benar, dia belum mengantuk lagi kerana sudah tidur lama malam tadi. Otaknya, mula berkira. mahu baca buku La Tahzan? Eclipse? atau dengar lagu nasyid?
Lagu Maher Zain yang berjela-jela itu mula menghiasi telinganya. Sampai lagu Thank You Allah, dia mula memikirkan tentang Tuhan yang Satu yang menemani dirinya ketika itu tatkala dua orang lagi rakannya telah tidur lena. Dia mula muhasabah dirinya, seorang diri dalam gelap. Dia ingat lagi, malam itu sejuk, apabila sampai kepada Open Your Eyes, dia mula memikirkan keindahan malam yang sejuk itu.
Tapi, dia tahu, tidur lewat tidak disukai Allah, walaupun mendengar lagu nasyid. Sebelum tidur, dia berdoa.
"Ya, Allah. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mematikan dan Menghidupkan. Berilah apa yang terbaik untukku"
Ringkas, tapi tak lengkap. Dia tak berusaha lebih lagi untuk melindungi dirinya. Sambil dia tidur, tiba-tiba dia terdengar bunyi bising, seperti sorakan orang ramai di stadium. Dia merasakan badannya semakin mengeras. Ada kaitan ke antara sorakan dengan badan mengeras? Lama kelamaan, dia tidak dapat bergerak. Mahu gerak mulu untuk mengucapkan sesuatu pun tak terdaya. Tangannya, seperti digari dengan tali yang tak terlihat. Akhirnya, dia mengalah dengan sesuatu yang tak terlihatnya. Namun, ia menjadi semakin kuat, semakin mengetatkan tali itu. Dia sudah tak tahan, lalu mencuba sedaya upaya, akhirnya, berjaya mengungkapkan kalimah 'Allahu Akbar' sekuatnya lalu bangun. Jam menunjukkan pukul 3.17 pagi.
Hatinya, risau. Mahu sambung tidur ataupun kejutkan rakannya. Runsing, ketika keseorangan di tengah malam. Lalu, dia melengkapkan apa yang sepatutnya menjaga dia semasa tidur.
Al-Fatihah,
Ayat Kursi,
Surah 4 Qul,
selawat ke atas Nabi.
Namun, dia masih tidak yakin. Yakin? Yakin dengan perlindungan Allah daripada makhlukNya sendiri. Dirinya, seperti trauma seperti kanak-kanak dalam filem Freddy Krueger.
"Have faith in HIM," dia berbisik ke hatinya.
Perlahan-lahan, dia memujuk dirinya agar tidur dan yakin dengan Allah yang menjaganya. Susah mahu yakin.
Bukan semua orang pernah mengalami kisah di atas. Kisah semasa tidur. Biasalah, makhluk Allah juga kan? Tapi, walaupun dia mendengar lagu-lagu nasyid dan insaf, Alhamdulillah, jika dia ditakdirkan mati, insyaAllah, diterima amalnya. Namun, apabila mulutnya tidak boleh mengungkapkan sebarang kalimah, badannya tidak mampu bergerak, mahu tahu apa dia fikirkan?
MATI
Seperti, Allah memberi bayangan kepadanya, bayangkan dia tidak dapat mengungkap kalimah syahadah ketika itu, badannya tidak boleh bergerak, lalu di dalam hatinya, hanya terselit perasaan berserah kepada Allah. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya di situ, tidak bergerak, walaupun dia mahu. Bayangkan, jika Allah memandang dari atas, dan tidak menolongnya.
"...dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu: (9:39)
Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyayang.
Wallahu Ahlam~
0 comments