overexposed life?

4:31 PM

Salam alayk

Pagi itu, cikgu tiada di kelas. Lantas saya mengeluarkan buku berwarna merah itu dan saya catatkan sedikit curahan hati (konon!) ke dalam planner saya. Planner itu ibarat diari dan planner saya. Apa saya catatkan? Ehem, mengenai kedatangan beberapa pasukan ragbi ke maktab, yang dikatakan cool lah, hebat lah. Dan nasib saya baik, saya diajak zarina untuk menolong cikgu menyampaikan hadiah di padang. Bukan semua orang dapat! Dan kerana itulah, saya bersungguh-sungguh menulis event itu di dalam diari.

cikgu datang! Segera saya letakkan planner merah itu ke bawah meja.

Petang itu prep. Kepanasan dan kebisingan langsung menidakkan mood saya untuk belajar. Saya mencari planner merah itu di bawah meja. Tiada! Habis di mana? Di bilik tiada. Dalam beg tiada. Habislah saya, jika ada orang yang membaca mengenai ‘event’ itu, pasti kantoi.

Badak datang kepada saya.

“weyh, kantoi ko ‘ehem2’ dekat ‘ehem2’.”

“tak adalah. Mana ada. Biarlah aku.”

Haiqal datang kemudian.

“ko bagi dia surat eh.”

Merah padam saya. Tahukah anda, budak lelaki semasa Form 2 adalah yang ternakal sekali, dan terannoying.

Selepas mereka pergi dan menyerahkan kembali planner saya, saya mengeluh perlahan. Saya gamkan muka surat itu dengan muka surat seterusnya, biar tiada orang tahu dah.

Sampai sekarang pun, masih ada orang yang membaca diari saya. Dan bukan dengan tidak sengaja, disengajakan. ANDA! Anda membaca diari saya, iaitu blog saya. Dan semestinya saya tidak marah. Ada orang marah berserta risau kerana katanya, kisah hidup ditonjolkan kepada public, tak ada privasi, orang tahu siapakah diri kita sebenarnya. Habis tu? nak berpura-pura depan orang, even kawan kita sendiri? So, behave la baik-baik?

Diari yang paling banyak dibaca dan digosipkan oleh manusia seluruh dunia sendiri adalah hadis Rasulullah S.A.W. siap ada orang tokok tambah lah nak sedapkan cerita. Orang gossip-gosipkan sampai orang zaman ini pun tahu kisah Rasulullah, apa dia buat. Ada baginda marah kisah hidupnya dijaja sehingga zaman ini? Tak ada. Benda yang baik tak perlulah kita segan-segankan kongsi dengan orang lain. Kehidupan kita bukan setakat apa kita buat dan apa hubungan kita dengan orang lain, tetapi bagaimana kita mengambil ibrah dari setiap perkara yang berlaku. Macam mana kita bertindak apabila ditakdirkan begini dan begitu. Dan kongsikan ibrah itu dengan orang lain. Lain lah kalau kita buat jahat dan ada orang mengumpat sini sana, pasti lah kita pun marah. Jadi, jadilah manusia yang baik dan berguna.

Mungkin susah nak jadi baik, tapi cubalah jadi baik. Mungkin ada post dalam blog saya ini seperti kurang baik atau buat-buat baik, tapi semoga anda mendapat sesuatu, mungkin bukan banyak. Hidup saya bukanlah seindah dan seinteresting orang lain. Saya lebih suka event yang biasa-biasa saja, tetapi ibrahnya banyak.

Owh, buat susah saja baca panjang. Semoga Allah redha setiap satu antara kita. J

wani, farah dan adila. sewaktu graduasi.


sewaktu melawat kilang yakult.

kelas tersayang, MD62

bersama Kak Aii tersayang semasa pulang dari daurah.

dan roomate saya. seriously, rindu KMS.

p/s: gambar tiada kaitan dengan post.

You Might Also Like

0 comments