Saya kagum..

4:41 PM

Salam alayk.


Saya kagum dengan cara orang itu menjaga tingkah lakunya. Penuh tawaduk dan sopan. Dan sebabnya, insyaAllah. ISLAM. :)

Setiap orang pernah mempunyai sejarahnya sendiri. Orang itu pun pernah. Dan dia juga pernah dikagumi suatu masa dahulu, atas sebab ilmunya yang tinggi, top-scorer, pemimpin yang berjiwa rakyat.

Kadang-kadang, saya tanya...

"Bagaimana seseorang itu boleh dimuliakan kedudukannya di sisi Allah?"

Bila bercakap mengenai masa lalu, itu semua adalah masa pahit kita. Masa di mana kita tidak mengenal islam sepenuhnya, pedulikan cara hidup Islami, dan di mana kita suka benar mengikut apa yang rasa bahagianya terasa di bumi.

Syurga?
Rasa bahagianya di Akhirat yang tidak pernah berhenti dan sentiasa kekal selama-lamanya.

Saya juga begitu. Masa pahit saya tersimpan kemas di dalam hati saya dan hanya Allah saja yang tahu. Adakah perlu dibuang? Tidak perlu, cukuplah hadirnya ia di hati ini sebagai peringatan.

Saya kagum dengan sifat Allah Yang Maha Menerima Taubat. Sekali taubat, kadang-kadang manusia ini lupa semula. Dua kali taubat pun sama saja. Tiga kali taubat, Allah sudah lembutkan hati kita. Allah sudah terima taubat kita. Alhamdulillah.

Saya kagum dengan sifat Allah, yang mana apabila Dia Maha Menghinakan sesiapa saja yang dikehendakiNya, termasuk saya apabila bergelumang dengan dosa. Namun, Dia memuliakan sesiapa yang dikehendakiNya termasuklah orang yang berdosa besar.

Sedangkan manusia yang sedang terbakar dalam api neraka itu diangkat oleh Allah untuk masuk ke syurga, apatah lagi mereka yang masih sempat kembali kepada Allah di dunia ini.

Kamu mahu tahu?

Sekali kita melangkah ke arah Allah, Allah berlari ke arah kita. :)

You Might Also Like

0 comments