Dunia Sibuk?

11:19 PM

Salam alayk

.
Tiba-tiba, saya berasa malu dengan diri saya. Apalah yang ada sangat pada diri ini yang boleh membuatkan saya special di akhirat kelak. Siapa tak nak special kan?

Setengah diri saya berkata, "tidak mengapa. Engkau sibuk sekarang."

Benar, kerja-kerja duniawi seolah-olah menghilangkan bayang-bayang tugas ukhrawi yang semakin pudar. IB lah, MPP lah, G4 project lah, CAS lah. Semua lah.

Dan, saya semakin malu untuk mengakui saya sibuk dengan kerja-kerja di dunia. Benar, kata sesetengah, asalkan tidak meninggalkan tuntutan agama, tidak mengapa lah. Tetapi, kalau sekadar itu saya mampu buat, tak special lah saya di akhirat nanti.

Kata-kata Amr Khalid banyak kali berputar di ruang pemikiran saya.

Kita, manusia, mengakui kita begitu sibuk dengan urusan dunia sekarang seolah-olah kita begitu mengenali dunia ini. Seolah-olah, kita menenggelamkan diri kita dalam larutan dunia, tanpa was-was.

Adakah benar kita mengenali dunia? Sehingga kita sanggup mengaku sibuk dengannya. Kenal la sangat..

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi ini sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya." Al-Kahf:8

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." Ar-Rum:64

"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan...." Al-Hadid:20

Why so serious in this world?

Ianya hanyalah senda gurauan dan permainan. Permainan yang tidak akan kekal, yang hanya bersifat sementara. Mahukah kita berbangga dengan sesuatu yang tidak pasti? Kesibukan di dunia tidak memadai jika kita mengetepikan soal akhirat. Kita hanya akan tersesat dalam permainan itu saja lah dan tidak dapat menghabiskannya.

  • Kenapa mahu berbangga-bangga dengan kehidupan kita yang dikelilingi barangan mewah?
  • Kenapa mahu berbangga dengan muka handsome dan cantik persis ratu cantik?
  • Kenapa mahu mendabik dada, apabila orang ramai kagum dengan pencapaian akademik kita yang tak seberapa kalau mahu dibandingkan dengan Allah?

Kita bangga? Mari kita tunggu akhirat nanti.

Sanggupkah? Kalau dah tahu keputusannya, buat apa mahu tunggu. Jika tidak sekarang, bila lagi? InsyaAllah, mari kita sama-sama perbaiki diri kita yang serba khilaf ini.

Wallahu Ahlam~

You Might Also Like

2 comments

  1. astaghfirullahalazim.
    thanks for the reminder

    ReplyDelete
  2. no problem. kita ummah yang terbaik, yang saling mengingati antara satu sama lain.

    ReplyDelete