The End : Jannah
12:03 AMsalam alayk
Kata orang, tahun baru, azam baru. Ada yang guna tahun hijrah, ada guna tahun masihi. Tak kisahlah, asalkan kita berazam mahu jadi seorang yang lebih baik, itulah yang bagus.
Macam biasa, hari pertama di kolej setelah cuti berjela-jela. Hampir semua pensyarah memberikan semula markah final exam semester lepas. Alhamdulillah, sampai target.
Bukan saya mahu ceritakan ini, tetapi mengenai penerimaan kita terhadap markah ujian yang mungkin teruk, mungkin bagus sekali! Semua orang berazam mahu mendapat markah tinggi. Kata mereka, nanti cikgu tak bising. Tapi, fikirkan balik,
Kenapa mahu dapat markah tinggi? (fikirkan semula)
Pernah pensyarah English saya berkata
kenapa kita kena jalani ujian? Untuk menguji kefahaman kita, ayat skema.
Tapi, dia berkata, kalau nak uji kefahaman, kenapa pelajar belajar sampai lewat malam untuk ujian keesokan harinya? Dia faham ke tak?
Jawapan kepada soalan di atas:
Supaya cikgu suka dan tak bising.
Kenapa?
Supaya IB lulus dan cemerlang. (whooaa!!)
Kenapa?
Pergi uni luar negara
Kenapa?
Jadi doktor bagus.
Kenapa?
Berkhidmat masyarakat
Kenapa?
Najib suruh.
Kenapa?
Negara maju
Kenapa?
...........
Dan persoalan ini hanya akan habis, apabila kita jawab untuk masuk syurga. That's the final reason of we, human. Alangkah bagus kalau kita nak belajar kerana Allah terus! Niat yang belajar kerana Allah sememangnya mengelakkan kita daripada terus kecewa dan putus harapan. Allah tak mahu bagi markah tinggi sebab Dia lebih tahu segalanya. Mungkin, Dia tak mahu kita berbangga dan riak. (terasa!) Manusia, tinggi sikit darjat, dia mahu bangga. Nama pun manusia.
Saya teringat kata-kata seorang sahabat:
It's ok if u can't be an excellent student as long as u become a good MUSLIM.
Eh, tengok betul-betul kat hujung jalan tu ada apa? SYURGA FIRDAUSI tuh! Subhanallah.
Wallahu Ahlam~
4 comments
yeah..May allh gave us both jannah.. :)
ReplyDeleteInsyaAllah. Lets pray for our ummah.
ReplyDeletetak nak la korg je, nak join juga, haha...
ReplyDeletelets be a better person, a great muslim and a great mukmin. insyaALLAH :)
haha, eida. jom2, join kitorg. lagi ramai lagi bagus! Alhamdulillah. All the best!!
ReplyDelete