Hidup Berharga, kerana Anda Berharga!
4:59 PMKejap, akak siap jap.
Saya pun turun ke bawah, melihat ibu sedang baring menunggu saya yang lambat, mungkin. Jam menunjukkan pukul 6.15 petang, agak awal. Perlahan-lahan, saya dan ibu berjalan kaki menuju ke pasar malam yang dekat dengan rumah. Kata ibu, dengan melihat muka saya, dia dapat melepaskan rindu terhadap adik yang sekarang berada di Mesir. Saya senyum sendirian. Saya lihat awan, cantik. Awan hari Jumaat memang lawa, lain daripada lain.
Sampai saja, ibu terus berjalan laju ke kedai sayur pak cik Melayu. Dulu, masa saya kecil-kecil dahulu, pak cik Melayu ini berniaga sayur dengan menggunakan pelita minyak tanah. Berbeza dengan gerai orang lain yang menggunakan mentol dan motor. Jadi, kalau waktu malam, gerai pak cik itulah yang paling bercahaya, macam pelita Hari Raya!!.
Semalam saya lihat dia, dia sudah maju. Sudah memakai mentol dan motor. Cuma yang masih tak berubah, sayur-sayurannya dan van birunya. Isterinya sudah mula membantu menjual lemang dan nasi lemang di sebelah gerai sayur. Saya suka lihat mereka, nampak kerja kuat. Usaha mereka nampak untuk menampung keluarga. Sekurang-kurangnya, susah tapi duit itu halal kan.
Berbanding dengan orang lain yang hanya duduk rumah, tidak berusaha dan hanya menunggu duit masuk akaun, tak bagus kan. Kita kena kerja walaupun sudah bersara, sudah umur tua. Kalau rasa diri tak berguna, tak patutlah sebab ramai perlukan kita. Keluarga kita, negara, umat Islam, masyarakat. InsyaAllah, jangan rasa diri anda tak berguna. Walaupun anda malas, anda tak berguna, percayalah, anda sangat BERHARGA di dunia ini. Dan bak kata orang putih, a journey starts with a step. Mulakan langkah anda!
Alhamdulillah, ibu menjumpai bunga kantan.
Wallahu Ahlam~
p/s: Laksa ibu sangat sedap.
0 comments