Turki 2014: #2 Menjejak Safranbolu
8:00 PM
Assalamualaikum and hello guys!
Sambungan dari sini
Perjalanan dari Istanbul ke Safranbolu mengambil masa 4 jam. Jangan risau kalau mati kutu tak tahu nak buat apa. Ada tv, wifi and tempat charger phone dalam bas. Ada snack siap. Di tengah-tengah perjalanan, bas akan berhenti di RnR untuk lunch. Kami masih kelaparan tapi melihatkan sajian tengahari yang agak mahal, kami memutuskan untuk berkongsi meal saja. Alah, kenyang juga janji jimat. Tapi, saya pelik betul. Sebab orang Turki ni memang makan cepat. Mereka yang satu bas dengan kami sudah beransur ke bas. Kami masih lambat. Dengan tak solat Zuhur nya lagi. Pelik, diorang tak solat ke. Lepas ambil wuduk dengan kaki bare (sejuk), kami berlari-lari anak ke bas. Bas sudah pun bergerak. Hehe. Sempat jugalah nak kejar.
Belum sempat punggung kami panas, kami sudah tiba di Safranbolu. Ah, sudah. Ingatkan lama lagi, boleh solat dulu. Rupa-rupanya, sejam selepas RnR, sudah tiba di Safranbolu. Alhamdulillah. Bus station Safranbolu agak klasik, memang seperti apa yang kami jangkakan. Sebenarnya, tujuan kami ke Safranbolu adalah untuk menjejak sejarah bangunan Ottoman yang lama dan klasik. Nak try hidup macam zaman dulu-dulu. Tapi, masalahnya, tak solat lagi. wuduk dah ada. Kami kemudian cari corner tersorok sikit untuk solat. Advantage dekat negara muslim, memang tak ada orang pandang pelik kalau solat dekat corok tepi. Alhamdulillah.
Next masalah, macam mana nak ke guesthouse kami. Disebabkan tiada simcard, kami mencari kedai runcit dan meminta tolong local untuk menelefon nombor guesthouse. Alhamdulillah, abang kedai runcit tolong menelefon pakcik guesthouse untuk datang pickup. Caj telefon tidak dikenakan walaupun kami menggesanya supaya mengambil TL2. Alhamdulillah, baik-baik orang Turki ni.
Tidak lama kemudian, pakcik Yasin (pemilik Efe Guest House) menjemput kami tanpa sebarang caj dan menghantar kami ke guesthouse. Isterinya, Yasmin sangatlah friendly dan bermurah hati untuk upgrade bilik kami daripada tiada bathroom attached ke yang ada bathroom. Alhamdulillah. Usai check in, saya dan aiza bersiap-siap untuk explore bandar dan berjanji kepada Yasmin yang kami akan pulang untuk dinner.
Maghrib sudah masuk. Saya dan Aiza masih roaming area old town. Sebenarnya, tempat old town yang kini kami jejaki adalah Eski Carsi. Ada lagi satu uptown dipanggil Kirankoy. Malam itu, saya dan Aiza melihat sebuah bas antik yang mengambil penumpang. Tanpa sebarang plan, kami bergegas menaiki bas itu walaupun tak tahu di mana. Bas membawa kami keluar dari Eski Carsi dan akhirnya kami turun di kebanyakan penumpang bas turun, di depan sebuah lamp post di kawasan uptown. Barulah kami tahu yang kami berada di Kirankoy.
Explore punyalah explore, murah juga barang area sini. Kami membeli barang toiletries, biskut dan kudapan serta buah-buahan untuk bekalan nanti. Sempat juga kami bergurau senda mengenakan tudung gaya Turki tapi memang nampak hodoh. Perempuan Turki cantik sangat. Pakai tudung cara apa pun, memang nampak cantik. Hoho. Lain lah kita ni. Hehe.
Bila dah habis jalan, kami ingin pulang ke Eski Carsi, malangnya bas yang dicari telah tutup. Pakcik bas pelik tengok kami selamba masuk bas walhal dia sudah hendak pulang. Lalu, kami diberi cara lain, iaitu ada lagi satu bas di tempat lamp post, ada bas ke Eski Carsi. Lalu kami naiki dan pulang. Alhamdulillah. Sampai saja di guesthouse, Yasmin sedang menunggu untuk menghidangkan dinner. Dinner malam kami adalah kari meatball kambing, salad timun dan mushroom soup. Dua orang TL30. Memang sedap, especially salad timun yang sampai ke hari ini saya teringat-ingat saja.
Kami berdua settle for our first night in Turkey, officially. :)
Layan gambar.
Tips:

meat shop in Kirankoy |
pomegranate yang sangat special di Turki |
Tips:
- Pastikan ada map Safranbolu in hand sebab old town ini agak bersimpang siur.
- Kawasan sekeliling Eski Carsi boleh di'explore' dengan berjalan kaki. Pakai kasut selesa sebab ianya agak berbukit.
- Tambang bas dari Eski Carsi ke Kirankoy sehala untuk 2 orang hanyalah TL1.10.
0 comments