Turki 2014: #3 Meneroka sisa Ottoman

1:37 AM

Assalamualaikum and hello guys!

Pagi itu saya dan Aiza bangun agak lambat. Mungkin kerana malam itu kami tidur agak nyenyak disebabkan pelbagai perkara yang berlaku pada hari sebelumnya.

Cadangnya adalah untuk melihat matahari terbit di ... tapi apakan daya, Subuh pun subuh gajah. -.-" Setelah bersiap-siap pagi itu, kami ke tingkat atas (ruang makan) untuk menjamu sarapan pagi yang disediakan Yasmin. Pelbagai cheese, yogurt, jus, sosej, ham, roti disediakan. Buah zaitun pun ada. Kopi Turki mestilah ada juga. Pagi itu, kami terserempak dengan rakan se'guesthouse'. Mereka merupakan pelajar Sejarah dari Ankara yang datang melawat Safranbolu sebagai projek akademik mereka. Untunglah. Dapat melawat tapak Unesco yang memang bombastic! Yang menariknya, mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum. Ada China, India dan macam-macam lagi.

Ruang makan itu berdindingkan cermin yang memaparkan pemandangan Safranbolu dari tempat tinggi. Kata Yasmin, kalau musim sejuk beku, memang kawasan semua nampak putih dan memang cantik. Kalau musim summer pula, Memang panas and nak tak nak, kena buka cermin tuh kasi udara masuk.

Pekan Safranbolu Old Town bagi saya, mudah dijelajahi dengan cara berjalan saja. Take it slow. Ia merupakan pekan yang sangat tenang dan damai. Penduduknya pun tak ramai. Kenderaan pun tak ramai. Berbekalkan peta yang diberi oleh Yasmin, kami berjalan kaki ke pejabat  tourism Safranbolu. Di sana, kami membelek pelbagai tour yang disediakan dan tempat-tempat yang menarik. Sempat jugalah beli beberapa keping poskad.

Pekan Safranbolu tidaklah ramai pelancong ketika itu kerana ianya musim sejuk. Jadi, tidaklah crowded. Sambil berjalan menelusuri jalan-jalan lama, kami mengambil masa untuk memerhatikan uniknya bangunan-bangunan Ottoman. Ianya masih kukuh hingga kini. Sempat juga kami masuk ke dalam masjid untuk melihat struktur uniknya.

Sebenarnya, pekan Safranbolu agak berbukit-bukau. Ada satu masa, kita akan mendaki. Ada satu masa, kita akan menurun curam. Tengahari itu, saya dan Aiza mencabar diri kami untuk mendaki hingga ... supaya kami dapat melihat seluruh pekan Safranbolu dari atas. Penat memanglah penat. Tambah cuaca sejuk pula tuh. Tapi, memang pemandangan sangat cantik dan segala penat lelah berbaloi.

Di atas, saya dan Aiza menulis poskad, makan snack, borak-borak dan have fun! Hehe.Lagipun, hanya kami berdua saja yang berada di atas. Satu benda yang saya agak suka buat ketika travel adalah beli banyak-banyak snack atau chocolate negara tersebut and simpan. Keluarkan and makan bila lapar or boring. Snack Turki sangatlah sedap dan addictive. Hati-hati ye!

Turun saja dari bukit, saya dan Aiza kelaparan. Seorang pakcik mengajak kami untuk lunch di kedainya. Kami berdua makan kebab ayam dan kambing. Sedap dan harnya untuk 2 orang lebih kurang TL24. Mahal sikitlah tapi kenyang, Alhamdulillah.

Saya dan Aiza explore pekan itu lagi sampailah kami tiba di post office. Sebenarnya, dari luar nampak macam bangunan usang yang tak berpenghuni. Nasib baiklah kami nampak lambang post office lalu masuk melalui pintu usang itu. Di dalam terdapat seorang lelaki yang tak reti berbahasa Inggeris (nak buat macam mana), tapi reti berbahasa Arab. Kerna dia dulu pernah duduk dekat Syria kot. Jadi dapatlah Aiza berbual-bual dengan dia. Untung kalau tahu banyak bahasa. Memang senang cari kawan semasa travel.

Kemudian, kami segera balik ke guesthouse kerana bas kami ke Ankara adalah jam 6 pm. Sekarang sudah jam 5.05 pm dan kami masih lagi belum solat jamak qasar. Usai tiba di guesthouse, kami meminta izin kepada Yasmin untuk solat di dalam bilik (kerna kami sudah check out). Kemudian, Yasin terus menghantar kami ke Kirankoy. Nasib baik bas belum gerak. Alhamdulillah.

Ok, layan gambar jom!





















Konklusinya, bagi saya, Safranbolu adalah tempat yang terbaik untuk mengakhiri penjelajahan Turki (walaupun ianya pitstop pertama saya di Turki). Sebab tempatnya tenang dan perlahan.

Tips:

  • Nikmatilah makanan Turki di sini! Harga satu meal termasuk air biasanya sekitar TL12-TL15
  • Terdapat banyak pakej pelancongan 'day trip' ditawarkan di tourist office di sini. Datang awal dan anda boleh grab tour seawal mungkin!
  • Rumah guesthouse kami adalah rumah 'Ottoman'. Jadi, ianya agak bertingkat. Ada 3 tingkat. Ruang lobi dan makan di tingkat atas sekali. Mungkin tidak sesuai untuk mereka yang 'tak larat'.
  • Just go with the flow!

You Might Also Like

0 comments