Turki 2014: #1 Menjejak Istanbul

12:39 AM

assalamualaikum and hello guys!

Pertama kali saya sampai di Lapangan Terbang Attarturk, Istanbul, mata saya terkebil-kebil melihat banyaknya airplane milik Turkish Airlines. Sungguh, kaya betul negara ini sejak Erdogan mentadbir. Ketika itu, saya sampai dalam pukul 12.40 am jadi memang nampak banyak sangat kapal terbang Turkish Airlines beratur di lapangan. Sajian supper yang disediakan di dalam pesawat membuatkan saya jadi mengantuk. tapi tak apa, Aiza kini sedang menunggu saya di airport.

Walaupun sudah lewat malam, namun suasana di Airport Attarturk masih busy. Line beratur untuk cop imigresen panjang. Usai imigresen, saya segera mengambil beg dan keluar ke ruang arrival sambil mencari Aiza. Dari jauh, Aiza melambai-lambai ke arah saya dengan muka yang mengantuk. Rupa-rupanya, dia sudah sampai ke airport awal lagi, jadi dia tidur sementara menunggu saya sampai. Kami mencari satu tempat yang sesuai untuk mengemas barang sehinggalah perkara ini berlaku.

Pertemuan kami dengan pak cik Atilar memperbetulkan pandangan saya mengenai Turki. Beliau banyak berbicara mengenai kejayaan Turki kini dan bagaimana Turki sangat melindungi pelancongnya (seperti kami). Sekurang-kurangnya, hukuman yang paling ringan untuk pick pocket atas kesalahan mencuba mencuri adalah penjara 2 bulan. Berat tapi nak buat macam mana. Malah, ketika kami berjalan ke balai polis, kami melihat betapa kasarnya detektif (baca: abang polis kacak) melayan pencuri itu. Dahulu, Turki hanya mempunyai 2 buah airport. Satu di barat, satu lagi di timur. Tapi, kini Turki mempunyai hampir 52 buah airport. Sektor tourism Turki pula makin maju. Lalu saya bertanya,

"Kenapa pakcik tidak tinggal di Turki saja?" (kerana pakcik Atilar bekerja di Jerman untuk Lufthansa)

Jawabnya, "I like to live in Turki. I wanna call it home. Wherever I work and going back to Turkey, I want to feel as if I'm going back home". Apa-apa sajalah pakcik. Hehe

Keluar saja dari balai polis, sekali lagi kami berdua perlu keluar mengikut pintu arrival. Jadi, dapat fefeeling sikit keluar macam pelancong baru datang. Hehe. Jam sudah menjejak pukul 5 pagi. Memang tak sempat lah nak tidur sekejap. Jadi, kami berdua segera ke surau untuk menunaikan Subuh. Nak transfer barang dari luggage ke backpack pun tak sempat sebab kena kejar bas awal. Cadangnya, nak letak luggage dekat Istanbul and explore Turki dengan backpack tapi tengoklah sempat ke tak nak kemas tuh.

Perjalanan dari airport(Havalimani station) ke Aksaray Station mengambil masa 40 minit. Dalam perjalanan yang menunjukkan pemandangan matahari terbit di celah-celah bangunan tinggi kota Istanbul, saya dan Aiza masih gundah gelana memikirkan di mana harus kami simpan luggage. Tak tahu sama ada di bus station akan ada locker untuk simpan luggage ke tak. Aiza mencadangkan untuk menyimpan di rumah seorang sister yang mempunyai homestay di Yusuf Pasa station, berdekatan dengan Aksaray station. Jadi, kami terus ke sana.

Sister yang ditunggu-tunggu tidak datang. Kami sebenarnya sedang mengejar bas ke Safranbolu pada jam 8.30 pagi. Kini, sudah jam 7.30 pagi. Tiket bas belum dibeli, duit Lira hanya ada sedikit. Kami perlu menukar duit Lira. Dengan masalah backpack lagi ni. -.-" sampai 7.45 pagi, saya dan aiza terus ke Bayrampasa( Esenler Bus station) untuk membeli tiket bas.

One thing, bila dah sampai sini, memang akan ada ramai orang approach suruh beli dekat diorang. Pilih ja mana brand bas yang nak, and beli tiket dekat situ. Platform bas selalunya akan ada di belakang kaunter terus. Waktu nak beli memang susah, sebab mereka semua tak tahu English. Jadi, saya dan Aiza memang pakai bahasa isyarat ja. Nak tanya pasal luggage pun memang bahasa ayam itik, tapi Alhamdulillah, memang diorang ada sediakan. (bergantung pada brand bas yang dinaiki.) Tapi, masalahnya, kami tak habis kemas lagi! Jadi, bila dapat tahu bas gerak lagi 5 minit, kelam labut kami berdua punggah barang dari luggage ke backpack. Sampai charger kamera pun tertinggal. isk isk tapi Alhamdulilah, nasib baik ada bateri backup.

Perjalanan ke Safranbolu mengambil masa 4 jam tapi dalam perjalanan, kami hampir tertinggal bas.. Nantikan episod seterusnya.

Layan gambar.

aiza dan saya

luggage yang harus ditinggalkan di Istanbul

mini mart di airport

choosing breakfast

just a normal ham ekmek

istanbul dinihari

aksaray

salah sebuah masjid berdekatan aksaray

Aiza

Aida

selamat di atas bas ke safranbolu







Tips

  • Beli Istanbulkart sebab boleh jimat around TL0.50 kot. Boleh kongsi ramai orang. Aiza beli awal so saya kongsi kad dengan dia ja. Bagaimana nak tap, Aiza tap dulu, lepas tuh baru saya tap.
  • Dua cara ke Yusuf Pasa, first dari Havalimani (line merah) tukar ke Zeytiburne (line biru) ke Yusuf Pasa (line biru). second, dari Havalimani (line merah) terus ke Aksaray (line merah) and jalan kaki ke Yusuf Pasa yang terletak 500m dari Aksaray station.
  • Kalau nak tukar duit, saya rasa rate yang murah adalah kedai currency exchange sepanjang station Yusuf Pasa.
  •  Tiket bas boleh beli on the spot, di Bayrampasa. Cara untuk ke sana, ke station Otogar (line merah). on the way ke bus station, boleh beli chicken donna yang sangat sedap di dalam stesen metro.
  • Tiket Istanbul-Safranbolu berharga TL 43 seorang mengambil masa 4 jam.
  • Jika lapar, ada kedai nasi ayam (versi Turki) yang terletak di lorong sepanjang berjalan kaki dari Aksaray ke Yusuf Pasa station. - TL2.
  • If pakai Istanbulkart, normal rate sekali tap tak kira berapa jauh adalah dalam TL1. Kalau beli tiket on the spot, TL1.50 one way.

You Might Also Like

0 comments