Handphone Pergi dan Datang.

4:43 PM

5)

4)

1)

3)

Salam alayk

Trauma ke?

1)Mula-mula, handphone ini.

2)Lepas itu, ini. Hah, nak cari gambar ini memang susah. Nak nangis rasa.

3)Lepas itu, tadaa! Nokia X3

4)Lepas itu, Sony Ericsson Cybershot k810.

5)Dan, yang terakhir yang sedang digunakan, Sony Ericsson Walkman w350

Tukar-tukar handphone, macam tukar baju. Jap, bukan sebab banyak duit, tapi kesemua handphone di atas dah hilang. Sekarang yang belum hilang lagi, sony walkman itu yang diharapkan tidak menghilang suatu hari nanti.

Macam biasalah, setiap kali kita kehilangan sesuatu, kita akan mendapat sesuatu. Mungkin, bukan benda yang sama, mungkin bukan dari segi fizikal, tapi, dari segi mentaliti mungkin. InsyaAllah. Ibrah yang saya dapat daripada kehilangan Nokia X3 mungkin sudah saya ceritakan di sini.

Tetapi, semasa Sony Ericsson hilang, itulah paling mencabar. Serik sangat.

Ditakdirkan Allah, saya tidak mencari sepenuhnya dalam bas itu. Saya tak cari baik-baik di tempat duduk, tempat letak beg di atas. Pendeknya, saya hanya mahu segera balik rumah. Pelik, beg hilang yang dalam itu ada banyak barang penting, tapi saya rasa tak kisah.

Ringkasnya, handphone itu hilang bersama-sama telekung, mp4, dompet, jam, dan yang penting sekali Al-Quran pink saya.

Sememangnya, memang la sedih, tapi saya duduk rumah selepas kejadian itu macam tak ada apa-apa berlaku. Tak sedih pun. IC pun hilang!!

Tapi, setelah balik ke KMS, saya mula jadi emo. Emo apabila nak telefon mak, kena pinjam handphone kawan, nak buat IC baru kena bayar lagi. Mp4 itu baru saja beli, dah hilang. Al-Quran. Habis itu, kalau sedih, mahu rujuk mana?

Subhanallah, Jumaat minggu itu juga, Allah pulangkan barang-barang saya. Analoginya sangat best, bila barang itu hilang, kita hanyalah berdoa kepada Allah kerana Allah saja yang tahu di mana barang kita berada. Seolah-olah, saya merasakan saya tidak dapat berbuat apa-apa apabila barang saya hilang. Logiknya, kita buat sesuatu la kan? Tapi, serius, saya hanya merasakan apabila barang itu datang kepada saya, bukan sebab saya yang jumpa, tetapi Allah yang pulangkan. Lain kan?

Kadang-kadang bukan semua benda yang kita nak ia berlaku, akan berlaku. Betul, saya dah jumpa barang itu tapi bukan sepenuhnya. Hanya duit, jam, handphone dan mp4 saja yang tiada. Al-Quran ada! Telekung ada!

Satu minggu itu saya sedih meraung-raung barang hilang, tetapi bila dah jumpa, gembira! Tapi tengok-tengok ada yang hilang, saya sedih. Allah uji saya semasa itu.

Allah mahu uji saya, saya sedih meraung-raung kerana kehilangan pegangan hidup saya yakni Al-Quran ataupun hilang handphone dan mp4 yang berlambak lagu lagho itu?

Muhasabah.Muhasabah.

Alhamdulillah, saya sedar akan perkara itu walaupun hakikatnya, ingin saja saya salahkan takdir kerana tidak mencari betul-betul dalam bas. Tapi, setiap perkara pasti ada hikmah. Setiap kejadian kehilangan handphone, banyak mengajar dan memberi saya ibrah. Bukan ibrah daripada sesiapa, tapi terus daripada Allah. Sweet, kan?

Hidup ini, Allah yang kawal sepenuhnya. Kita, manusia, memikirkan sama ada mahu menerima ketentuan Allah ataupun tidak.

Wallahu Ahlam~

You Might Also Like

0 comments