Police station

11:07 PM

salam alayk

"what is your name?" saya bertanya pada uncle turkish di depan saya.

"atilar." dia senyum kepada saya dan aiza. kami membalas senyumannya kembali.

pertemuan kami berlaku secara tidak sengaja. sejam yang lepas, kami hanyalah orang asing yang tak mengenali satu sama lain. segalanya berlaku apabila..

saya dan aiza baru saja bertemu di airport turki lewat malam itu. jam sudah menunjukkan pukul 12.30am. oleh kerana itinerary travel kami bermula secepat mungkin selepas subuh, kami bercadang untuk kemas-kemas barang dan pindahkan barang dari luggage ke backpack. suasana sekeliling nampak tenang dengan pelbagai tourist baring di atas kerusi. kami terus mengemas beg sambil berborak-borak leka tak waspada dengan suasana sekeliling.

"houch" jerit seorang pakcik berserban mengejutkan kami.

tangannya menerjah seorang lelaki dan memegang erat lelaki itu. saya nampak tangan lelaki itu sedang meletakkan kembali phone aiza dalam beg aiza semula. dia kemudian beredar. jeritan pakcik berserban mengejutkan orang sekeliling. kemudian, pakcik atilar yang sedang lalu-lalang di situ menegur kami,

"i saw he took your phone and put it back." kami mengangguk tanpa membalas sepatah jawapan.

pakcik atilar kemudian memanggil polis di airport dan kemudian, detektif berpakaian seperti orang biasa datang menahan lelaki yang baru sahaja yang larikan diri. polis kemudian bertanyakan mengenai insiden itu dan siapa kami, dari mana kami datang. segalanya berlaku sangat pantas. apa yang kami ingat, selepas itu, kami dikehendaki ke balai polis airport untuk memberikan keterangan saksi.

Allah, baru ingat nak sambung tidur dekat airport. takkan nak tidur dekat balai polis pula. kami mengikut detektif itu ke balai polis airport yang agak tersorok dan tersembunyi. di dalamnya, ada ramai lagi detektif yang mukanya setanding fatih seferagic, cuma dah pakai cincin. kami kemudian letak beg di tepi dan masuk bilik mesyuarat. polis ambil passport kami bertiga dan meninggalkan kami seketika. kemudian, mereka menyuruh kami duduk di bilik rehat boleh tidur atas sofa kalau nak. tapi, siapa yang mampu lena. hati saya berdebar apabila nama saya dipanggil untuk one-to-one dengan officer polis dekat bilik dia. dia soal siasat semua benda pasal itinerary la, pasal hostel, siapa kami nak berjumpa kelak, dari mana kami tahu tempat yang akan kami tujui, apa hubungan kami berdua. detailed! pada pukul 4, barulah kami dapat keluar dari balai polis. first night in turkey spend in police station!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

train dari lijiang baru saja sampai kunming pada pukul 5.30 am. saya mengeluh, kalau sampai lambat sikit dapatlah solat subuh dalam train. ni tak. nak tak nak, kena solat dekat luar.

usai saja turun dari train, kami duduk sebentar di ruang bawah tanah bersama beberapa penumpang yang lain sementara menunggu hari cerah. sambil tunggu tu, saya dan aiza masih berkira-kira bagaimana mahu solat sebab orang sekeliling ramai. mahunya ada askar sekali turun dari train. segerombolan askar. saya dan aiza makin resah. jam sudah menunjukkan 6.15 am. waktu subuh semakin singkat.

selepas beberapa rombongan penumpang turun, saya dan aiza segera bergegas ke satu corner yang agak tersorok (tapi masih boleh dilihat orang) untuk solat subuh. kami solat juga walaupun ketika solat itu, anak mata saya memerhatikan suasana sekeliling yang tak berapa nak friendly sangat.

usai selepas bagi salam, dalam keadaan duduk lagi, dua orang polis lelaki menghampiri kami. menengking, memaki hamun dan menjerit kepada kami dalam bahasa cina. Allah, kuatnya sampai semua orang dekat area situ senyap and pandang dekat kami. polis ni dah kenapa? nak cari pasal pagi-pagi buta. mata saya bergenang. tak pernah orang jerit kasar macam ni.

polis suruh kami berambus dari tempat itu, tapi mereka masih mengekori kami ke luar train station. pelik. mereka suruh kami jalan sampai tiba di sebuah balai polis train station. pandangan orang sekeliling jangan cakap la, semua pandang serong. polis jerit suruh masuk. dalam balai polis, kena tengking lagi. at last, datang seorang lagi polis yang tahu english and tanya siapa kami, mana nak pergi, apa buat dekat sini. tak tahu nak balas apa, saya bagi slip booking hostel yang saya simpan. 10 minit selepas itu, saya dan aiza dilepaskan. nasib baik tak ada rekod apa-apa.

sampai hostel, saya google. orang cina dekat kunming ni anti sangat ke dengan islam. padahal ramai je muslim dekat area kunming ni. tengok-tengok, patutlah. baca artikel ini.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

tak pernah hidup selama ni dilayan macam penjenayah atau mangsa jenayah.

bila saya teringat balik apa yang berlaku di airport turki, saya muhasabah balik. dahulu, saya selalu menganggap bumi turki itu sempurna sampai saya rasa saya tak layak untuk menjejak kaki di situ. bumi berkah lah kata orang. tapi apa yang Allah nak tunjuk adalah, sehebat mana pun bumi itu, ada lagi kemungkaran yang berlaku. orang islam rompak orang islam. saling bunuh-membunuh. tak aman. luarannya aman, tapi dalaman sakit.

ia, mungkin salah kami tak berjaga-jaga, tapi waktu tuh rasa seperti dilindungi oleh Allah. seolah-olah Allah itu ada menjaga kami dalam setiap perjalanan kami. malam yang pertama di Turki, Allah nak tunjuk kami yang turki itu tidak sempurna. jadi, bukalah mata pandangan itu seluas-luasnya dan lihatlah apa yang Allah telah takdirkan pada bumi yang dahulunya gilang gemilang dengan tamadun islam. kautlah sebanyak mana pengajaran yang mampu untuk kuatkan diri itu.

katakanlah (Muhammad), "jelajahilah bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu." Al-An'am:11
selagi islam itu belum tertegak sepenuhnya dalam diri, jangan berangan nak jadi kuat macam orang palestin. yang dah immune dengan segala senjata, bunyi letupan bom, tangisan dan darah. kita yang baru kena jerit dengan polis pun dah sensitif bagai nak mengamuk. ni apatah lagi kalau kena hunus senapang pistol.

happy faces on train from airport that morning.

surprisingly, i'm still able to smile after kena jerit.

after all, be grateful for what you have in life and always open your heart to seek any pearls of wisdom while you are travelling. :)

You Might Also Like

0 comments